Kami buku peluang bagi mereka yang ingin mewakafkan 100 Syarah Kitab Hadis 40 Imam Nawawi Rahimahuallah kepada pelajar di pondik dan tahfiz. Imam al-Sakhawi Rahimahullah menukilkan sebuah kisah bahawa imam al-Nawawi Rahimahullah menulis sehingga tangannya keletihan dan tidak mampu menulis lagi, lalu beliau bernasyid : Maksudnya: ” Sekiranya air mata ini mengalir kerana kerinduan yang mendalam , yang tidak menumbuhkan rumput-rumput,maka ia air mata yang sia-sia.”
Setiap Hadis dalam kitab ini dimulakan dengan :
1. Matan Hadis
2. Biografi Ringkas Perawi
3. Keistimewaan Hadis
4. Ulama dan Hadis ini
5. Sebab Wurud Hadis
6. Hadyu al-Nabawi dan Istifadah Hadis
7. Aplikasi Hadis dalam Kehidupan.
Imam al-Nawawi meninggalkan terlalu banyak khazanah ilmiah yang teramat tinggi nilainya. Ini menunjukkan betapa mendalam ilmu Imam al-Nawawi Rahimahullah. Kitab Hadis 40 merupakan salah satu kitab penulisan beliau yang terkenal dan disyarah oleh banyak ulama selepasnya. Ia merangkumi semua hadis berkaitan kehidupan manusia. Dimana hadis-hadisnya menjadi asas kepada kaedah agama yang penting.
Spefikasi Kitab seperti berikut :
1. Hardcover – Kulit Keras
2. 517 Muka surat