- Jika terlupa membaca tasyahhud awal dan terus bangun sampai ke tahap yang membolehkan membaca surah al-Fatihah, kemudian dia kembali duduk untuk membacanya dengan sengaja serta diketahui perbuatan itu haram , maka batallah solatnya.
- Jika ia terlupa membaca qunut dan terus sujud dengan meletakkan semua anggota ke tempat sujud, kemudian kembali semula untuk membacanya dengan sengaja serta diketahui haramnya maka batallah solat
- Jika dikembalinya itu kerana terlupa atau jahil dalam masalah (1) dan (2) di atas, tidaklah batal solat dan sunat sujut sahwi.
- Jika bangun dia ke tahap yang tidak membolehkannya membaca al-Fatihah pada masalah terlupa membaca tasyahhud awal, sunat dia kembali duduk untuk membacanya dan sunat sujud sahwi jika hampir bangunnya itu kepada qiyam dan jika belum sampai ke tahap tersebut tidak disunatkan sujud sahwi kerana perbuatan itu dianggap sedikit.
- Jika turun dia untuk sujud dan belum sempurna menghantar segala anggotanya ke tempat sujud pada masalah terlupa membaca qunut, sunat dia kembali berdiri untuk membacanya dan sunat sujud sahwi jika dia turun sampai kepada had rukuk dan jika belum sampai ke tahap tersebut disunatkan sujud sahwi kerana diangap perbuatan itu sedikit.
Sumber : Matla Al Badrain Pejabat Muft Wilaya Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri