Info program

Tempat     : Kompleks Islam Tuanku Mukhriz Usim (Masjid USIM)
Tarikh       : 12 Mei 2019 (7 Ramadhan 1440H)
Masa        : 3:30 Petang hingga 7:30 (Beserta Iftar with Mufti Wilayah)

 

Sahibus Samahah Dato Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(Mufti Wilayah Persekutuan)

 

Buku Tinta Nasihat Untuk Penuntut Ilmu

 

 

Ustaz Umar bin Mukhtar

( Pegawai Pejabat Mufti Wilayah)

 

Sifatu Mufti Wa Mustafti

 

Ustaz Razif Fuad

(Penolong Mufti: Ketua Unit Konsultasi Akidah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

 

Buku Sifat Al-Mufti Wa Al-Mustafti

 

Sifat Al-Mufti Wa Al-Mustafti

 

Kami dapati para ulama’ telah menyusun pelbagai bentuk karya berkaitan mufti dan adab fatwa serta cara bertanya kepada mufti. Begitu juga merangkumi berkaitan syarat mufti, sifat mufti dan hukum-hakam yang berkenaan dengannya.

 

Buku yang dikaryakan oleh Ibn Hamdan ini menjadi terjemahan penting dan utama bagi kami kerana ia di antara kitab yang terdahulu yang paling lengkap walaupun dalam Mazhab Hanbali. Kami yakin dengan sedikit nota kaki dan tahqiq yang kami zahirkan akan memberi makna yang besar kepada kita untuk memahami dengan lebih mendalam apa yang disampaikan oleh pengarang.

 

 

Tinta Nasihat Untuk Penuntut Ilmu

 

Buku ini merupakan buku nasihat dan motivasi kepada anak-anak  dan sesiapa sahaja yang bergelar sebagai penuntut ilmu dalam merentasi badai, gelombang dan ombak besar demi meraih mecangkir ilmu.

 

Kadangkala tidak disangka ramai juga pelajar yang rebah, patah semangat dan akhirnya kecundang dalam menuntut ilmu. Oleh itu, buku ini adalah jawapannya dalam menyelesaikan kemelut yang dinyatakan itu. Di samping dapat membakar semangat pelajar untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam perjalanan menuntut ilmu.

Pembayaran secara online banking boleh dibuat ke akaun :
Maybank Sumber Hukamak Enterprise  (555108304797)
 
RM 40 – Pelajar USIM, Fakulti Syariah Undang-Undang/TAMHIDI Syariah Undang-Undang
 
RM 50 – Pelajar USIM, Selain Fakulti Syariah Undang-Undang/TAMHIDI Syariah Undang-Undang
 
RM 50 – Pelajar Universiti Lain
 
RM 50 – Orang Awam