RM14.00

Apabila berada di Syam dalam meneruskan tradisi ilmu, penulis kerap kali menghadiri majlis syeikh kerana ketika itu beliau dianggap di antara tokoh yang paling menonjol dan terbilang di bumi Syam. Rakan-rakan penulis dari jauh seperti Halab, Salqin dan lain-lain apabila menunjungi Kota Damsyiq biasanya tidak melepaskan peluang untuk mendengar buah fikiran syeikh dan mengikuti pelajarannya. Begitu juga penulis mendapati ramai pelajar dari dunia Arab yang menetap di Kota Damsyiq seperti Algeria, Sudan, Mesir dan lain-lain juga menghadiri majlis ilmu Syeikh al-Buti.

Antara keistimewaan syeikh ialah bahsanya yang indah dan mudah difahami di samping ketinggian adab sasteranya yang begitu menyerlah. Biasanya, dalam ceramah yang dihadiri oleh ramai ulama khususnya Ihtifal Maulidur Rasul, maka Syeih al-Buti akan menjadi penceramah terakhir dan menggulung perbincangan bahkan menambahkan fakta ilmiah yang baru berdasarkan pengamatannya yang mendalam.

189 in stock

Category: