RM8.00 RM7.20

Allah SWT tidak mensyariatkan hukum-hakam agama yang menyebabkan kesusahan dan kerumitan sehingga kerja-kerja yang dilakukan menjadi tidak keruan. Sebaliknya di mana sahaja orang Islam mengalami kesempitan, Allah SWT akan melonggarkan perintah agama-Nya supaya semua hukumnya dapat diterima dan mampu ditanggung.

.
Musafir walau dengan apa cara dan tujuan sekalipun adalah sebahagian daripada kesusahan yang menyebabkan seseorang hilang tumpuan dan ketenangan. Oleh itu, Allah SWT meringankan banyak perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum agama-Nya daripada orang yang musafir.

.
Buku ini menerangkan dengan lebih terperinci tentang SAFAR, Hukum berkaitan Musafir dan Dalilnya, Adab-adab Musafir, Faedah dan Kelebihan Musafir serta lain-lain lagi.

.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang mendalam kepada kita semua dalam memahami dan melaksanakan hukum syariat-Nya yang sebenar.

7 in stock

Categories: ,

Terima Kasih kerana Melawat website kami. Dismiss