Perpustakaan Dalam Islam

Rentetan terhasilnya buku Iqra’, SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merasa terpanggil untuk melebarkan lagi perbincangan berkenaan dengan tajuk Perpustakaan Dalam Islam. Al-Imam Hasan al-Bana menggalakkan rakan-rakannya supaya mengadakan perpustakaan peribadi di rumah. Para pencinta ilmu sudah pasti akan mengumpul pelbagai buku dan koleksi karya mengikut bidang dan ikhtisas masing-masing. Maka¬†tidak hairanlah, ramai di kalangan ulama dan cendekiawan Islam, mempunyai perpustakaan peribadi yang mewah dan berkualiti. Malah,ada kisah mereka yang mati kerana ditimpa buku-buku atau jatuh kerana ditimpa buku-buku atau jatuh ketika memanjat tangga untuk mengambil buku di atas rak.

Ibn al-Jauzi pernah mewasiatkan kepada para ulama dan penuntut ilmu dengan berkata : “Hendaklah bagimu di rumahmu tempat yang mana kamu boleh berkhalwat dengannya dan membaca baris-baris kitabmu serta menggerakkan kebersihah akalmu”. Semoga rumah orang Islam mempunyai perpustakaan peribadi yang sudah pasti dapat menyinar kehidupan mereka dengan bahan ilmiah untuk maji ke hadapan lagi.

RM10.00

9 items sold

291 in stock