RM7.00

Al-Quran itu, jika boleh kita katakan, ialah penyembuh, penghidup hati yang mati, dan pemberi ketenangan kepada jiwa yang gundah. Maka kami menyusun lapan surah-surah daripada al-Quran ini, tanpa menafikan kehebatan surah-surah yang lain. Dengan harapan sebagai silibus rohani kepada pembaca yang mengharapkan perubahan positif dalam kehidupan.

Surah-surah yang disusun ini memiliki kelebihan tersendiri terutama pada pengajaran, kisah tauladan dan hikmah-hikmah yang tidak terhitung banyak kepada mereka yang berakal. Bukan sedikit para sarjana mengamalkan surah-surah lazim ini sekali pun sebahagian hadis-hadis fadilatnya berstatus daif. Namun mereka menganggapnya sekadar silibus kehidupan dan jadual peningkatan iman yang dengan membaca, meneliti dan mengamalkan ajaran al-Quran, mereka memperoleh dan manfaat yang tidak terhitung.

 

5000 in stock

Terima Kasih kerana Melawat website kami. Dismiss