Menjawab soalan ini, kami mulakan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abi Qatadah Al-Ansari RA beliau berkata:
Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah menunaikan solat dalam keadaan Baginda memikul/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah SAW, dan dia merupakan anak kepada Abu Al-‘ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams. Apabila Baginda sujud, Baginda meletakkanya. Dan apabila Baginda berdiri , baginda mendukungnya.
Manakala Imam Ibn Hajar Rahimahullah apabila mensyarahkan hadith ini berkata: Hadith ini menunjukan akan keharusan membawa kanak-kanak masuk ke dalam masjid. Demikian juga harus menyentuh kanak-kanak kecil dan ia tidak memberi kesan kepada taharah ( kesucian). Begitu juga sahnya solat bagi sesiapa yang memikul anak adam. dan juga haiwan yang suci.
Kitab Safinatun Naja’ Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Tekan link BUY NOW untuk membeli.