Pertama : Sejarah Kitab al-Fiqh al-Manhaji
Kitab ini dinamakan dengan al-Fiqh Manhaji Ala al-Mazhab al-Imam al-Syafie yang membawa masuk feqah, yang mempunyai sistem atau manhaj mengikut acuan Mazhab al-Syafie
Kitab ini adalah sebuah kitab susunan baru dalam Mazhab al-Syafie. Antara sebab ia dikemukan, seperti kata pengarang:
“Walaupun menyedari bahawa kami belum lagi setaraf dengan tokoh-tokoh fuqaha yang terdahulu, namun kami berasa berkewajipan melakukan tanggungjawab tersebut. Justeru, kami memohon pertolongan Allah SWT untuk menunaikan tanggungjawab ini dengan sedaya upaya kami.
Biarlah mereka yang berkelayakan melengkapkan yang kurang, memperibaiki yang tidak tepat dan memperbetulkan apa yang salah. Ini kerana walaupun telah mencurahkan segala daya usaha, Kami tidaklah mencapai matlamat ke tahap yang sempurna.
Disini Kami mengemukan hasil yang pertama daripada penulisan tersebut yang mengadungi tajuk bersuci dan solat yang wajib diketahui oleh setiap muslim. Kami menamakan buku ini dengan al-Fiqh al-Manhaji berdasarkan kepada Mazhab Imam al-Syafie.
Harapan kami kepada mereka yang inginkan yang terbaik agar menunjukkan kepada kami perkara yang terlepas daripada matlamat yang kami tuju, dan bukan menjatuhkan kami serta mencari salah semata-mata.
Saya pernah mengemukan persoalan kepada pengarang kitab ini iaitu Dr Mustafa al-Khin berkenaan dengan sebab dan cara buku ini dikarang.
Berkenaan dengan sebab, beliau menjelaskan seperti berikut: Para Ulama kita yang terdahulu telah mengarang banyak kitab tentang ilmu fiqh. tidak syak lagi bahawa setiap pengarang yang mulia tersebut pasti telah melihat adanya ruang-ruang ilmu yang menuntut mereka membuat pengisian, dan adanya keperluan yang menuntut mereka melaksanakannya bersungguh-sungguh.
Ada di kalangan mereka mendapatinya perlu membuat huraian secara meluas, manakala yang lain pula mendapatinya sangat perlu kepada rumusan dan ringkasan sahaja.
Begitu juga, ada dikalangan mereka yang mengarangnya dalam bentuk puisi atau prosa. Seterusnya , ada yang mengkaji masalah-masalah yang penting serta bahagian-bahagian yang berkaitan dengannya.
Di samping itu , ada juga pengarang yang membataskan kajianya kepada masalah-masalah yang penting sahaja tanpa mengemukan bahagian-bahagian tersebut. Mereka mengarang kitab masing-masing dengan tujuan mengisi kekosangan yang pelru dipenuhi dan mengatasi kekurangan di dalam perpustakaan islam. Semoga Allah swt meredhai usaha yang mereka lakukan dan mencatatkannya sebagia sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat yang tidak habis-habis pahalanya sehingga hari kiamat.
Oleh yang demikian kami mendapati keperluan kepada sesuatu penulisan tentang fiqh yang membicarakan masalah-masalah yang penting beserta dalil-dalil al-Quran dan al-sunnah yang disertakan keterangan-keterangan tentang hikmah pensyariatannya yang terjangkau oleh pemikiran kami dalam bahasa yang mudah. di samping memperbanyakkan tjauk yang menjealskan beberapa permasalahan lagi.
Berkenaan dengan cara penulisannya pula, beliau bekata: kami membahagikan tajuk-tjauk dan mengikut metodlagi yang disepakati. Kemudian, apabila masing-masing selesai menulis. kami akan berkumpul dan berbincang apa yang sepatutnya diselaraskan antara satu sama lain sehingga terhasil buku ini.
Menarinya buku ini menjadi kejutan kepada pencipta mazhab al-Syafie kerana wujudnya pembagia pembaharuan dan tajdid dalam penulisan mazhab al-Syafie
Dapatkan ia dengan Harga Rm220 sahaja beserta postage. sekarang juga.