Hasil tangan mufti wilayah

KUALA LUMPUR 16 Jun – Kejayaan sesebuah organisasi amat berkait rapat dengan dengan sikap dan budaya kerja individu yang berada di dalamnya.

Justeru, menyedari kepentingan pembudayaan budaya kerja cemerlang untuk masa depan organisasi dan negara secara khususnya, sebuah buku panduan kepada perkara ini telah ditulis oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Buku bertajuk Ke Arah Keperibadian Unggul: Pembudayaan Kerja Cemerlang terbitan Syarikat Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. itu telah dilancarkan beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini petang ini.

“Buku ini ditulis sebagai satu usaha untuk menzahirkan ilmu mengenai pengamalan budaya kerja cemerlang khususnya dalam kalangan umat Islam.

“Matlamat utama kami ialah mutu menjadikan amalan kerja cemerlang satu budaya dalam kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat secara amnya,” kata beliau ketika sesi resensi buku yang diadakan selepas majlis pelancaran buku berkenaan.

Buku setebal 160 halaman itu menjelaskan mengenai perkara-perkara yang berkaitan soal galakan bekerja, tujuan asas kehidupan, personaliti individu spiritual, motivasi kerja dan beberapa isu berkaitan budaya kerja cemerlang yang lain.

Naskhah ini juga turut mempersembahkan petikan-petikan ayat al-Quran dan hadis sebagai rujukan kepada tajuk perbincangan yang terkandung di dalamnya.

Buku ini boleh diperolehi di kedai-kedai buku di seluruh negara pada harga RM12. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/buku-pembudayaan-kerja-cemerlang-dilancarkan-1.493952#ixzz4l8Ea1PXF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *