TERMA DAN SYARAT

  • Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali staf – staf Pustaka Cahaya Kasturi.
  • Tema : Budayakan Iqra’
  • Tempoh penyertaan pertandingan bermula 1 April 2018 sehingga 27 April 2018
  • Anda bebas dalam menghasilkan foto anda mengikut kreativiti masing-masing.
  • Muat naik gambar tersebut melalui akaun Instagram atau Facebook anda. Pastikan akaun Instagram atau Facebook anda umum(public) supaya para penilai dapat melihat gambar tersebut melalui hashtag.
  • Letakkan hashtag berikut ;

          #pckpbakl2018

          #pckklibf2018

          #pckbudayakaniqra

          #jombaca_pck

          #pckbest

          dan tag kami pada gambar tersebut.

  • Foto tersebut hendaklah menjaga sensitiviti, tiada unsur politik atau perkauman dan perkara yang menimbulkan ketidaksenangan mana-mana pihak atau menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia.
  • Kriteria pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti dan bersesuaian mengikut tema.
  • 3 peserta terbaik akan dimaklumkan melalui whatsapps dan hadiah akan disampaikan pada 6 Mei 2018 di Booth Pustaka Cahaya Kasturi semasa PBAKL 2018 berlangsung.

TERMA DAN SYARAT

  • Penyertaan terbuka kepada semua warga pembaca buku-buku terbitan Pustaka Cahaya Kasturi,kecuali staf – staf Pustaka Cahaya Kasturi.
  • Tempoh penyertaan pertandingan bermula 1 April 2018 sehingga 27 April 2018
  • Anda boleh memilih mana-mana buku terbitan Pustaka Cahaya Kasturi sahaja untuk diulas dalam video anda.
  • Ulasan buku hendaklah dalam bentuk video & dalam Bahasa Melayu.
  • Panjang ulasan video hendaklah kurang dari 2 minit. Setiap ulasan buku mestilah hasil nukilan peserta sendiri dan belum disiarkan pada mana-mana penyertaan. Sekiranya didapati bukan karya asli, dengan sendirinya penyertaan akan dibatalkan.
  • Nama pengarang, judul buku dan tahun penerbitan perlu dinyatakan dengan jelas di dalam video.
  • Muat naik video tersebut melalui akaun Instagram atau Facebook anda. Pastikan akaun Instagram atau Facebook anda umum(public) supaya para penilai dapat melihat video tersebut melalui hashtag.
  • Letakkan hashtag berikut ;

          #pckpbakl2018

          #pckklibf2018

          #pckbudayakaniqra

          #jombaca_pck

          #pckbest

          dan tag kami pada gambar tersebut.

  • Video tersebut hendaklah menjaga sensitiviti, tiada unsur politik atau perkauman dan perkara yang menimbulkan ketidak senangan mana-mana pihak atau menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia.
  • Kriteria pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti dan menepati syarat-syarat pertandingan.
  • 3 peserta terbaik akan dimaklumkan melalui whatsapps dan hadiah akan disampaikan pada 6 Mei 2018 di Booth Pustaka Cahaya Kasturi semasa PBAKL 2018 berlangsung.

DAFTAR SEKARANG!