Dalam menghasilkan penterjemahan kitab Sifat al-Mufti wa al-Mustafti ini, kami telah melakukan beberapa penambahbaikan seperti berikut:
1. Memperbanyakkan nuskhah rujukan dan melakukan
perbandingan untuk menghasilkan terjemahan yang
tepat lagi mudah difahami.
2. Menyatakan terjemahan biografi terhadap para ulama
yang disebutkan oleh Imam Ibn Hamdan al-Harrani.
3. Mentakhrijkan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab ini dengan merujuk kepada pelbagai sumber hadis.
4. Memasukkan sumber-sumber bagi ayat al-Quran yang dinyatakan oleh penulis dengan menunjukkan nama surah dan ayat.
5. Menyatakan sumber bagi ucapan-ucapan para ulama
dan atsar para sahabat.
6. Meletakkan tajuk-tajuk kecil pada fasal dan juga
penomboran pada bab dengan tujuan memudahkan
proses pembacaan kitab ini.
7. Memodenkan gaya bahasa dan susun atur teks
penterjemahan dengan menjadikannya kepada bentuk
poin.
8. Menjelaskan beberapa istilah yang terdapat padanya
kesukaran untuk difahami.
Kami memulakan di sini biografi ringkas Imam Ibn Hamdan al- Harrani seperti berikut:
Nama beliau ialah Abu Abdillah Najmuddin Ahmad bin Hamdan bin Syabib bin Hamdan bin Syabib bin Hamdan bin Mahmud bin Syabib bin Ghiyath bin Sabiq bin Watthab al-Namiri al-Harrani al-Hanbali al-Faqih al-Usuli al-Adib al-Qadhi. Beliau merupakan Syeikh al-Hanabilah di zamannya dan beliau telah lahir pada 10 Ramadhan tahun 603 Hijrah di Harran
Karya Penulisan
Selain itu, beliau merupakan antara ulama’ yang banyak mengarang karya-karya yang bermanfaat. Di antaranya ialah:
• Nihayah al-Mubtadi’in fi Usuliddin
• Al-Ri’ayah al-Kubra
• Al-Ri’ayah al-Sughra
• Al-Wafi fi Usul al-Fiqh
• Sifat al-Mufti wa al-Mustafti
MAKLUMAT BUKU
332 M/S
978-967-86-0874-9
2018 (CETAKAN 1)
S/M RM 40
Reviews
There are no reviews yet.