Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.00.

Imam al-Fakh al-Razi berkata: “Yang dipilih menurut kami adalah bahawa perkataan ini adalah Ism ‘Alam ( اسْمُ عَلَمٍ ) bagi Allah SWT, dan ia bukanlah daripada kata terbitan ( مُشْتَقٍّ ). ini merupakan pendapat al-Khalil, al-Sibawaih dan ia juga merupakan pendapat kebanyakan ulama’ usul dan fuqaha dengan hujah bahawa sekiranya lafaz Allah itu nama terbitan (musytaq), pastilah ia boleh digunakan bagi merujuk kepada yang lain dari Allah. Jika ini diterima, kalimah yang mulia لآ إِلَهَ إِلَّ الله tidak lagi menjadi kalimah tauhid kerana lafaz Allah tidak lagi merujuk kepada zat Allah semata-mata bahkan terbuka kepada yang lain dari-Nya juga. Oleh kerana disepakati oleh setiap yang berakal bahawa لآ إِلَهَ إِلَّ الله adalah kalimah tauhid, maka jelaslah kepada kita bahawa kalimah Allah adalah nama khas yang merujuk kepada zat-Nya Yang Maha Tinggi.” (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 1/143-44)

998 in stock

Categories: ,