Tahniah team Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan atas penerbitan yang sangat bermanfaat ini!
Satu usaha yang sangat baik dalam menggambarkan kerelevenan fiqh serta menterjemahkannya pada realiti setempat dengan bahasa yang mudah.

“Bayan Linnas” merupakan usaha Mufti WP Dato Seri Dr. Zulkifli Al-bakri bersama team penyelidiknya dalam memberi pencerahan dan penyelesaian terhadap pelbagai polemik dan isu-isu semasa yang berlegar hangat dalam masyarakat di negara kita.

Alhamdulillah himpunan ratusan “Bayan Linnas” ini telah diterbitkan sebanyak 3 jilid oleh Karya Bestari.

FB Ustaz Kamilin Jamilin

 

bayan linnas : penjelasan isu-isu semasa

PROMOSI 11.11

Bayan Linnas : Penjelasan Isu-Isu Semasa

RM150.00 RM120.00

Dinukilkan di sini sebuah kisah daripada guru kami, Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti katanya, ” Di sebuah taman terdapat pelbaagai pohon kayu, ada yang kecil dan ada yang besar. Mereka hidup dalam keadaan yang bersuka ria. Tiba-tiba pada suatu hari jatuh sebilah mata kapak menyebabkan semua pohon kayu menangis dan berada dalam keadaan ketakutan. Ini kerena sudah pasti mereka semua akan ditebang.

Akhirnya, mereka bertemu dengan pohon kayu yang paling tua lalu mengadu perihal perkara tersebut. Lantas pohon tua yang mempunyai banyak pengalaman tersebut itu berkata, ” Jangan takut dan jangan menangis. Sesungguhnya mata kapak tidak boleh menebang kamu selama mana kamu tidak memberikan kepadanya dahan-dahan kamu untuk dijadikan hulu kapak.

SKU: 20 Categories: ,
Read more

3 JILID BUAH BUKU HANYA RM111.00 SAHAJA BESERTA POSTAGE